Dulu dikenali sebagai Merlimau Inn, kini menggunakan nama “Astana Warisan” terletak di Pekan Merlimau dengan ruang dalaman yang boleh memuatkan seramai lebih kurang 130 orang dalam satu masa. Suasana kampung yang indah lagi mendamaikan menjadikannya sebagai salah satu tempat pilihan orang ramai untuk mengadakan Majlis Perkahwinan, Makan Malam dan sebagainya.