About Us

About Us

ZABEDAH HITAM Restaurant & Catering dimiliki dan diuruskan oleh Syarikat Masbiru Sdn Bhd. Diasaskan pada 1994 oleh Allahyarham Haji Jalani Bin Amit bersama dengan isteri Hajah Zabedah Binti Hitam dengan nama Masbiru Enterprise.

 

Berbekalkan pengalaman lebih 20 tahun serta kursus-kursus yang telah disertai, ZABEDAH HITAM Restaurant & Catering kini mampu menyediakan khidmat pelbagai majlis hingga 2,000 jemputan. Dari majlis rasmi ke majlis santai, samada di dalam dewan atau konsep gerai di laman, Hari Sukan atau Hari Keluarga, berkelah atau beradat, ZABEDAH HITAM Restaurant & Catering akan menyempurnakan majlis anda.

ZABEDAH HITAM Restaurant & Catering juga mampu membekalkan makanan bermasak cara Islam (kantin sekolah dan asrama) yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan.

ZABEDAH HITAM Restaurant & Catering berpusat di Bandar Merlimau dan sedia menyediakan perkhidmatan sehingga ke Bandaraya Melaka dan Bandar Muar.

Di ZABEDAH HITAM Restaurant & Catering, kami percaya makanan yang baik dihidangkan dengan sentuhan keaslian dan perkhidmatan yang mesra. Kami amat mementingkan dengan penjagaan, kualiti dan konsisten dalam menghasilkan makanan kita.Kami mempunyai ramai pelanggan yang makan di Restoran kami dan kemudian mendapatkan khidmat kami untuk Catering pada majlis perkahwinan dan majlis mereka. Kami mempunyai pelanggan korporat yang selalu menggunakan perkhidmatan kami dalam acara-acara tahunan dan majlis mereka. Pada asasnya, kebanyakan rujukan perniagaan kami adalah dari mulut ke mulut.

Our Philosophy

Misi

Menjadi sebuah syarikat perkhidmatan katering pilihan ramai yang menyediakan perkhidmatan secara professional dengan harga yang berpatutan di Melaka

Visi

Memberikan khidmat rundingan yang professional kepada pelanggan.

Menyediakan makanan dan minuman yang lazat dari sumber yang halal, bersih dan berkualiti tinggi dengan rasa yang konsisten kepada pelanggan.

Memberikan Pengurusan Majlis yang cekap dan berdaya kreatif.

Menyediakan kakitangan yang terlatih dan mesra pelanggan.

Moto

"Your Catering Station"

WhatsApp WhatsApp us